Tuesday 18 September 2012

KEMBARA BEIJING BERSAMA IRYAS INCORPORATION



Salam Syawal kepada semua warga Malaysia.  Disini kami  ZAMAR TRAVEL & TOURS SDN BHD ingin berkongsi kepada anda pengalaman kami membawa kumpulan dari IRYAS INCORPORATION (M) SDN BHD seramai 35orang ke bumi China iaitu Beijing. Kami bertolak pada 13 September 2012 jam 07.05malam dan selamat tiba di Lapangan Terbang Beijing pada pukul 01.05pagi (14September) menaiki pesawat AIRASIA X D7 316. Perjalanan kami mengambil masa selama 6 jam. Setibanya di Lapangan Terbang Beijing, kami telah disambut oleh Pemandu pelancong iaitu Encik Andika yang fasih berbahasa melayu. Kami terus menuju ke hotel dan urusan “check in”.


14September – Selepas sarapan pagi di hotel, pada pukul 8.00pagi kami bertolak ke Tiananmen Square dan lawatan ke Forbidden City iaitu salah satu mercu tanda China dan salah satu Dataran paling luas dan besar di dunia. Setelah mengambil masa selama 2 jam lebih menjelajah kawasan dataran tersebut (berjalan sepanjang 4 km) , kumpulan kami menuju ke Restoran Halal Tempatan untuk menjamu selera. Selepas Makan Tengahari, kami menunaikan solat di salah sebuah Masjid di Kota Beijing. Seterusnya lawatan  ke Silk Center. Disana kami berpeluang mendengar sedikit informasi mengenai cara pembuatan cadar berasaskan sutera (silk) dan melihat sendiri  produk berasaskan kain sutera seperti cadar, sarung bantal, baju, kain dan banyak lagi. Seterusnya kami meneruskan lawatan ke Chinese Medicine Center. Disana kami diberi peluang merendam tapak kaki didalam air panas yang telah diletakkan herba Chinese untuk membuang toksin didalam badan. Setelah  kaki kami dibiarkan berendam  selama 15-20minit, seterusnya kami di beri peluang untuk urutan kaki oleh  mereka. Ermmmm sangat menyeronokkan.. Kami meneruskan lawatan untuk menyaksikan “Acrobatic Show” selama 40minit. Persembahan yang pasti memberikan seribu  kenangan kepada kami. Seterusnya kami  dibawa ke restoran tempatan untuk santapan makan malam dan balik ke hotel. 





15September- selepas sarapan pagi kami meneruskan perjalanan hari ke dua di kota Beijing ke Cystal Shop dan seterusnya lawatan ke Jade Center. Di sana kami melihat sendiri pelbagai jenis gred Jade dijual untuk pelanggan dan mendengar taklimat serba ringkas mengenai  Jade. Seterusnya kami  makan tengahari dan solat di restoran tempatan. Lawatan kami diteruskan dengan menjejak kami ke Great Wall of China. Tidak sah bagi kami bila melawat bumi China tapi tidak menjejak kaki ke Tembok Besar China. Wah, sungguh menyeronokkan dan pengalaman manis dalam hidup kami.  Kami menghabiskan masa mengambil gambar sebanyak yang mungkin untuk dijadikan kenangan. Seterusnya kami melawat “Burning Cream Center” dan kami dihiburkan dengan lawak jenaka lelaki yang memberikan taklimat serba ringkas tentang penggunaan cream dan segala produk yang mereka tawarkan kepada kami.  Seterusnya kami balik semula ke Bandar Beijing dan menjamu selera untuk santapan makan malam. Selepas itu kami balik ke hotel.




16September- Selepas sarapan pagi, kami  “check out” dari hotel dan memulangkan semula kunci hotel kepada  kaunter “receptionist”. Hari ini adalah hari terakhir kami berada di bumi  Beijing. Lawatan hari ini dimulakan dengan melawat Pearl Center dan seterusnya kami melawat Summer Palace. Istana Musim Panas ini amatlah besar dan tak boleh habis melawatnya dalam sehari. Terdapat empat kawasan utama di kawasan Istana Musim Panas ini. Kawasan istana, kawasan tasik, kawasan bukit bahagian depan dan kawasan bukit bahagian belakang. Kami melawat Jewelry Shop dan mengambil gambar di Stadium Sarang Burung "Bird's Nest Stadium". Selepas makan tengahari, kami meneruskan lawatan ke Xiushui Market & Yashow Market. Disana kami berpeluang menghabiskan masa untuk aktiviti membeli belah. Selepas makan malam, kami berpeluang melawat Hard Rock Cafe. Seterusnya kami dihantar ke Lapanngan Terbang Beijing dan bertolak dari Beijing pada pukul 02.05pagi. kami selamat sampai ke LCCT pada pukul 8.30pagi. 





Lawatan kami selama 3hari di bumi Beijing akan menjadi kenangan manis kepada pelanggan kami. InsyaAllah.. Terima kasih kepada IRYAS INCORPORATION (M) SDN BHD diatas kepercayaan anda kepada servis & perkhidmatan Zamar Travel & Tours Sdn Bhd. Disini saya akhiri dengan serangkap pantun:

Kalau Ada Sumur di Ladang,
Boleh saya Menumpang Mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
InsyaAllah sama sama kita Melancong lagi.


Tuesday 11 September 2012

LATAR BELAKANG ZAMAR TRAVEL AND TOURS SDN BHD





Zamar Travel &Tours Sdn Bhd adalah syarikat bumiputera yang berdaftar dan di uruskan oleh beberapa orang yang mempunyai pengalaman didalam pelbagai bidang  serta pelancongan.

Dengan kerjasama beberapa hotel ,kami kini dalam perancangan untuk memasarkan beberapa pakej pelancongan yang berkonsepkan pelancongan keluarga,eco tourism,pelancongan sukan dan beberapa produk di Semenanjung Malaysia serta beberapa produk produk baru di Sabah.

Kami juga dalam perancangan untuk memasarkan produk pelancongan di Malaysia melalui system teknologi maklumat terkini seperti facebook,twitter yang mana pelanggan boleh terus berinteraksi secara langsung dengan kami.

Zamar Travel & Tours Sdn Bhd memberikan komitmen sepenuhnya demi mencapai kualiti perkhidmatan yang terbaik, secara professional, berkepakaran dan berteknologi.  Fokus syarikat kami menjurus kepada usaha memperbaiki tahap pencapaian pelancongan serta tahap keberkesanan dan kepuasan pelanggan dalam industri pelancongan negara.

Kami amat berterima kasih kepada pelanggan yang merealisasikan segalanya bersama Zamar Travel & Tours Sdn Bhd.


NAMA SYARIKAT
ZAMAR TRAVEL & TOURS SDN BHD
NO DAFTAR SYARIKAT
1013531-V
ALAMAT
NO 29D JLN WAWASAN AMPANG 2/3 BANDAR BARU AMPANG 68000 AMPANG SELANGOR
TELEFON PEJABAT
+603 4270 2705 / 7705
TALIAN HOTLINE
+6013 312 9504 / +017 250 1044
FAX PEJABAT
+06 4270 7706
EMAIL SYARIKAT
LAMAN WEB
JENIS PERNIAGAAN
AGENSI PELANCONGAN
PERKHIDMATAN
PELANCONGAN DALAM NEGERI PELANCONGAN LUAR NEGARA     PERKHIDMATAN UMRAH & HAJI PENEMPAHAN TIKETAN  & HOTEL PENGANGKUTAN
AKUAN SYARIKAT
ZAMAR TRAVEL & TOURS SDN BHD              MAYBANK  (Bandar Baru Ampang)                   5 6 2 1  7 9 5 1  2 8 6 7