Salam Syawal kepada semua warga
Malaysia. Disini kami ZAMAR
TRAVEL & TOURS SDN BHD ingin berkongsi kepada anda pengalaman kami
membawa kumpulan dari IRYAS
INCORPORATION (M) SDN BHD seramai 35orang ke bumi China iaitu Beijing. Kami
bertolak pada 13 September 2012 jam 07.05malam dan selamat tiba di Lapangan
Terbang Beijing pada pukul 01.05pagi (14September) menaiki pesawat AIRASIA X D7
316. Perjalanan kami mengambil masa selama 6 jam. Setibanya di Lapangan Terbang
Beijing, kami telah disambut oleh Pemandu pelancong iaitu Encik Andika yang
fasih berbahasa melayu. Kami terus menuju ke hotel dan urusan “check in”.
14September – Selepas sarapan pagi
di hotel, pada pukul 8.00pagi kami bertolak ke Tiananmen Square dan lawatan ke
Forbidden City iaitu salah satu mercu tanda China dan salah satu Dataran paling
luas dan besar di dunia. Setelah mengambil masa selama 2 jam lebih menjelajah
kawasan dataran tersebut (berjalan sepanjang 4 km) , kumpulan kami menuju ke
Restoran Halal Tempatan untuk menjamu selera. Selepas Makan Tengahari, kami
menunaikan solat di salah sebuah Masjid di Kota Beijing. Seterusnya lawatan ke Silk Center. Disana kami berpeluang
mendengar sedikit informasi mengenai cara pembuatan cadar berasaskan sutera
(silk) dan melihat sendiri produk
berasaskan kain sutera seperti cadar, sarung bantal, baju, kain dan banyak
lagi. Seterusnya kami meneruskan lawatan ke Chinese Medicine Center. Disana
kami diberi peluang merendam tapak kaki didalam air panas yang telah diletakkan
herba Chinese untuk membuang toksin didalam badan. Setelah kaki kami dibiarkan berendam selama 15-20minit, seterusnya kami di beri
peluang untuk urutan kaki oleh mereka. Ermmmm
sangat menyeronokkan.. Kami meneruskan lawatan untuk menyaksikan “Acrobatic
Show” selama 40minit. Persembahan yang pasti memberikan seribu kenangan kepada kami. Seterusnya kami dibawa ke restoran tempatan untuk santapan
makan malam dan balik ke hotel.
15September- selepas sarapan pagi
kami meneruskan perjalanan hari ke dua di kota Beijing ke Cystal Shop dan
seterusnya lawatan ke Jade Center. Di sana kami melihat sendiri pelbagai jenis
gred Jade dijual untuk pelanggan dan mendengar taklimat serba ringkas
mengenai Jade. Seterusnya kami makan tengahari dan solat di restoran
tempatan. Lawatan kami diteruskan dengan menjejak kami ke Great Wall of China.
Tidak sah bagi kami bila melawat bumi China tapi tidak menjejak kaki ke Tembok
Besar China. Wah, sungguh menyeronokkan dan pengalaman manis dalam hidup
kami. Kami menghabiskan masa mengambil
gambar sebanyak yang mungkin untuk dijadikan kenangan. Seterusnya kami melawat “Burning
Cream Center” dan kami dihiburkan dengan lawak jenaka lelaki yang memberikan
taklimat serba ringkas tentang penggunaan cream dan segala produk yang mereka
tawarkan kepada kami. Seterusnya kami
balik semula ke Bandar Beijing dan menjamu selera untuk santapan makan malam. Selepas
itu kami balik ke hotel.
16September- Selepas sarapan pagi, kami “check out” dari hotel dan memulangkan semula
kunci hotel kepada kaunter “receptionist”.
Hari ini adalah hari terakhir kami berada di bumi Beijing. Lawatan hari ini dimulakan dengan
melawat Pearl Center dan seterusnya kami melawat Summer Palace. Istana Musim
Panas ini amatlah besar dan tak boleh habis melawatnya dalam sehari. Terdapat
empat kawasan utama di kawasan Istana Musim Panas ini. Kawasan istana, kawasan
tasik, kawasan bukit bahagian depan dan kawasan bukit bahagian belakang. Kami melawat Jewelry Shop dan mengambil gambar di Stadium Sarang Burung "Bird's Nest Stadium".
Selepas makan tengahari, kami meneruskan lawatan ke Xiushui Market & Yashow
Market. Disana kami berpeluang menghabiskan masa untuk aktiviti membeli belah.
Selepas makan malam, kami berpeluang melawat Hard Rock Cafe. Seterusnya kami
dihantar ke Lapanngan Terbang Beijing dan bertolak dari Beijing pada pukul
02.05pagi. kami selamat sampai ke LCCT pada pukul 8.30pagi.
Lawatan kami selama 3hari di bumi Beijing akan menjadi kenangan manis kepada pelanggan kami. InsyaAllah.. Terima kasih kepada IRYAS INCORPORATION (M) SDN BHD diatas kepercayaan anda kepada servis & perkhidmatan Zamar Travel & Tours Sdn Bhd. Disini saya akhiri dengan serangkap pantun:
Lawatan kami selama 3hari di bumi Beijing akan menjadi kenangan manis kepada pelanggan kami. InsyaAllah.. Terima kasih kepada IRYAS INCORPORATION (M) SDN BHD diatas kepercayaan anda kepada servis & perkhidmatan Zamar Travel & Tours Sdn Bhd. Disini saya akhiri dengan serangkap pantun:
Kalau Ada Sumur di Ladang,
Boleh saya Menumpang Mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
InsyaAllah sama sama kita Melancong lagi.